Tuesday, September 6, 2011

Kenapa kau pakai tudung?

Suatu hari di bulan puasa...

A      : Kenapa zulfa pakai tudung?

Saya: Sebab Allah suruh.

A       : Betul? Mana tahu?

Saya  : Sebab Allah cakap.

A        : Ya? Dia cakap kat mana?

Saya   : Dalam Al-Quran lah. ( Dengan suara perlahan )

A         : Pasti? Baik, Dalam surah berapa? Ayat berapa?

Saya tak tahu, Jadi saya geleng kepala sajalah. Si dia menganggukkan kepala. Buat saya geram dimalukan begitu. Nasib baik saya muka tembok.

A          : Kenapa kalau tak pakai tudung?

Saya     : Nanti berdosa.

A           : Ya ke? Nampak ke dosanya?

Saya geleng lagi dengan penuh persoalan. Lelaki ni nampak cam rocker. Risau juga kalau dia nak ajar ajaran sesat ke pulak. Macam dia tu baik sangat ( fikir dalam hati )

A            : Yang sebenarnya, Allah suruh pakai tudung sebab nanti orang lelaki geram kalau nampak aurat perempuan.    Sebab tu Allah suruh orang perempuan tutup aurat. Nanti bahaya kalau dedah sana dedah sini. Kena rogol ke nanti. Lain kali jangan cakap pasal dosa dan pahala. Orang ramai selalunya tak nak dengar pasal benda yang diorang tak nampak ni.

Walaupun dengan hati yang sakit terasa kerana seakan diperli,  Lelaki ini membuahkan persoalan tentang sesuatu yang tak pernah saya duga sebelum ni. Walaupun saya menutup aurat, dan juga melaksanakan solat lima waktu, Saya tak pernah terfikir untuk tahu kenapa benda itu perlu dilakukan.

Sekadar mengikut tanpa menghayati amalan yang saya lakukan. I feel soooo stupid, ditegur oleh seorang lelaki yang pada pandangan saya...hihihi...rocker kan. Jadi mesti tunggang terbalik dia punya agama.

Dush...dush dush...Kena saya sebiji....Huhuhhuu
  








<Imej lebih kurang macam Si Dia. Hahaha

Saturday, August 20, 2011

Diari Si Ahli Sihir 8

Bilik mesyuarat kelihatan tegang sekali dengan kehadiran waris Virginia dan Valeria. Dalam keadaan ini, Madam Eloisa menghadapi tekanan yang begitu hebat. Bukan kerana desakan dari Sir Amado atau dari rakan karibnya, Camila. Tetapi kerana bimbang jika hal ini diketahui oleh pihak luar.

Statusnya perlu dijaga, Nama baik akademi juga perlu dipertahankan.

" Tolonglah Amado. Jangan bawa kes ini ke pihak atasan. Bagi saya masa untuk mencari semula kembar tu. Saya pasti kami akan menjumpai mereka juga nanti." Rayu Madam Eloisa untuk kesekian kali.

" Sampai bila lagi kami nak bertahan Eloisa? Cuba kau tengok keadaan Camila!"Jerkah Sir amado, Sengaja menggunakan isterinya untuk mendesak Madam Eloisa supaya berundur dari jawatannya.

Dia punya impian tersendiri. Apabila Madam Eloisa meletak jawatan nanti, Dia akan mengambil alih tempat Madam Eloisa. Dengan itu, Tamatlah sudah Lagenda Pengetua Perempuan Pertama di Akademi /whisper Hollow Academy.

Madam Eloisa terpaku. Tidak tahu bagaimana lagi harus memujuk Sir Amado. Dia merenung ke arah rakannya yang sembab dengan air mata.

" Mila, Kau percayakan aku kan? Tolonglah, Aku janji akan cari mereka sehingga jumpa."

" Salah satu perkara yang aku kesalkan ialah kerana mempercayai kau, Eloisa. Aku tak sepatutnya menyerahkan mereka kepada kau dari mula." Lirih suara Madam Camila. Dia bagaikan setuju dengan kata-kata suaminya untuk membawa perkara ini kepada pihak atasan.

Lagipun, Kerinduannya terhadap Virginia dan Vanessa telah memakan dirinya sendiri.

" Tapi Mila..."

" Eloisa, Apa perasaan kau semasa Snow menghilang dulu?"


Madam Eloisa terdiam. Dia benar-benar buntu dengan pertanyaan Camila. Tapi memang benar seperti yang disoal oleh rakannya itu. Dia sendiri hampir maut mengenangkan anak gadisnya yang merajuk dulu.

" Sekarang kau cuma ada dua pilihan Eloisa. Sama ada kau bawa kes ini ke pihak atasan, Atau kami sendiri yang akan melakukannya. Dan ingat Eloisa, Kau perlu bertanggungjawab dalam hal ini"

Tegas suara Sir Amado memberi kata putus. Namun walau apapun pilihan  Madam Eloisa, Dia tahu bahawa di akhir nanti jawatannya kini terpaksa dilepaskan atas dasar kecuaian. Maka akan meriahlah sambutan dari musuh-musuh yang memang menanti kejatuhannya selama ini.

Apatah lagi Sir Amado merupakan salah satu dari puluhan pihak yang mahu melihatnya tersungkur menyembah bumi.

Tok! Tok!

Chloe, Pembantu Madam Eloisa muncul di sebalik pintu dengan kehadiran seorang remaja lelaki di sebelahnya. Sir Amado mengecilkan mata sambil mendengus kecil.

" Ada apa Chloe?"

" Maaf puan. Ivan berkeras untuk bertemu dengan puan sekarang juga. Katanya ada hal penting yang ingin disampaikan pada puan dan juga kepada waris Vanessa dan Valeria."

Ivan melangkah masuk dengan gayanya yang tenang seperti selalu, Membuatkan hati Sir Amado menanah geram. Namun begitu tercuit juga kegusaran di hatinya tentang perkhabaran yang ingin disampaikan oleh anak muda ini.

" Terima kasih Chloe, Awak boleh pergi."

Sejurus selepas Chloe menutup pintu, Ivan menundukkan sedikit badan sebagai tanda hormat kepada Madam Camilla.

" Amado, Camila. Perkenalkan salah seorang anak murid saya yang terbaik di sini, Ivan."

" Tak perlu berformal, Eloisa. Aku kenal budak ni sebelum bapa dia lahir lagi." Sindir Sir Amado. Ivan menyembunyikan senyuman di sebalik wajahnya yang serius.

Orang tua...fikirnya.

" Madam. Saya baru pulang dari operasi membersih di Hidden Hollow dan telah dipertanggungjawabkan oleh Proffesor Fabian untuk melaporkan tentang operasi kami. Kebetulan saya mendapat tahu bahawa waris kedua orang kembar itu juga ada bersama. Jadi, Saya dapat merasakan ini ialah peluang terbaik untuk kita membincangkan hal ini."

" Bincang?!" Soal Sir Amado Jengkel.

" Ya. Izinkan saya."

Tanpa kebenaran, Ivan maju ke hadapan dan berdiri di sisi meja antara Madam Eloisa dan juga Madam Camila. Jaket bajunya Diseluk dengan menggunakan tangan kiri sebelum mengeluarkan sebatang kayu dengan hiasan tulang dan tengkoran manusia yang separuh terbakar. Kayu itu diletakkan betul-betul di hadapan Madam Camila yang mula keresahan.

" Kami menjumpai ini di kawasan letupan Hidden Hollow. Berdasarkan penemuan ini dan turutan serangan yang berlaku di asrama Aurora, Tidak syak lagi seseorang telah memecahkan pagar yang dibina untuk melindungi penghuni di asrama itu."

" Nonsense, Apa kaitannya semua ini dengan kehilangan anak kami?!" Herdik Sir Amado.

" Amado...Ini anak kita punya..."

Semua mata tidak berkelip memandang Madam Camila, Terutamanya Sir Amado. Ivan menarik nafas lega. Telahannya kini benar. Dan yang penting, Kedudukan Madam Eloisa selamat buat masa kini.

* * * * * * * * * *


Ivan duduk tercongok di padang rumput, Memerhati ke arah pintu gerbang Whisper Hollow Academy. Tadi selepas mengiringi pemergian Sir Amado dan isterinya, Dia terus melepak di situ bagi melepaskan penat dan juga berfikir.

'This is not the end'.

Sempat lagi orang tua itu memberi amaran kepadanya supaya merahsiakan penemuan itu. Sir Amado malu kiranya hal yang berlaku sebelum ini disebabkan oleh anak kembarnya.

Dia membaringkan badan ke bawah. Mahu merehatkan minda di bawah langit yang mendung. Otaknya agak kusut sejak dua tiga hari ini. Jiwanya tidak tenteram, kosong!

" Bro!" Alvian muncul di sebelah dengan sengihan gatal. Mematikan kelegaan yang dirasainya seminit lalu.

" Apasal kau?" Malas Ivan bertanya.

" Saja nak ganggu hidup kau. So, Macam mana?"

" Settle. Memang budak-budak kembar tu yang punya kerja. Tapi kita tak boleh nak tarik nafas lega. Kalau budak-budak kembar tu tak dijumpai..."

Tanpa Ivan menghabiskan kata-kata pun, Alvian dapat memahami maksudnya. Jika Vanessa dan Valeria tidak dijumpai, Bermakna sejarah lama telah berulang semula. Meskipun jalan ceritanya tidak sama tetapi pengakhirannya masih boleh diagak dengan pengalaman.

" Macam mana kau tahu budak-budak tu yang punya kerja?"

" Simple. Aku memang dah kenal dengan ayah mereka tu, Sir Amado sejak diorang belum lahir lagi." Ivan tersenyum nipis dengan ayatnya sendiri.

Dalam diam otaknya sedang berfikir. Ada kemusykilan di hatinya ketika melawat kawasan letupan di Hidden Hollow. Jika perkiraannya tepat, Bermakna kehilangan Virgina dan Valeria bukanlah perkara yang luar biasa. Tapi masih terlalu awal untuk dia mengongsikan perkara itu dengan sesiapa. Hatta Alvian sendiri.

" Hmm...Ivan. Kau masih teringatkan Aurora ke?" Perlahan Alvian mengeluarkan suara. Bimbang mahu menyebutnya kuat-kuat.

Ivan diam.

Aurora...namanya, Senyumannya, Dan kenakalannya akan sentiasa mekar di ingatan. Gadis itu sudah lama tiada, Namun entah kenapa bayangannya sentiasa mengekori.

" Jomlah balik. Dah lewat ni."

" Ivan, Esok kita ada tugas baru." Cepat Alvian berdalih. Dia tidak mahu Ivan marah.

Bukan niatnya mahu mengungkit kembali kisah lama. apa yang diaharapkannya ialah supaya Ivan meneruskan hidup. Itu sahaja.

Cuma, Sekarang rakannya itu seperti sudah berubah. Meskipun sedikit, Namun dia sangat mengenali Ivan. Sekarang dia hanya memerlukan masa untuk mengenal pasti punca perubahan Ivan.

" Apa?" Malas sahaja nada Ivan.

" Macam biasa. Merantau bersama Proffesor Fabian, Bapa mertua kesayangan kau tu,"

" Shut up!" Marah Ivan.

 Tidak suka dengan gelaran yang diguna sedangkan Alvian sudah mengekek ketawa. Barangkali entah bagaimana jika Ivan benar-benar dijodohkan dengan anak Proffesor Fabian. Sukar sungguh untuk digambarkan hasil agung DNA itu nanti.

* * * * * * * * * *


" Xochilt!"

Panggilan kuat dari tingkat bawah mengejutkan Yvette yang sedang tidur. Saat membuka mata, Dia sempat menangkap tubuh Xochilt yang menggigil sebelum rakannya itu tergesa-gesa turun membuka pintu bilik.

" Ya, Mama!"

" Mama dan ayah nak keluar ni. Sarapan ada kat atas meja!"

Berdentum bunyi pintu ditutup sebelum sempat Xochilt membalas. Sikap dingin dan tidak ambil berat yang sudah terbiasa oleh Xochilt. Pantas dia memadamkan semula rasa kecewa yang tiba.

Salahkah andai mama mahu menziarahinya di bilik ini? Kenapalah mama tak pernah kisah.

" Baik Mama."

Selepas beberapa minit, Xochilt kembali ke dalam bilik dengan langkah yang agak lemah. Kedua tangannya diletakkan di kepala, Bagai menanggung beban besar.

" Xochilt,"

" Hah!" Xochilt menjerit kecil. Yvette mengerdipkan mata, Hairan dengan sikap Xochilt.

" Kau ok tak ni?"

Yvette turun dari katil lantas menghampiri Xochilt. Dahi Xochilt dirasa dengan telapak tangan. Tak panas. Jadi apa?

" Eh, Kau dah bangun ya. Hm...mari kita turun sarapan. A..aku nak basuh muka kejap ya?"

Pantas Xochilt mengambil tuala yang tersangkut di kepala katil sebelum sempat Yvette bersuara. Sekali lagi dia meninggalkan Yvette dalam pertanyaan yang tidak berkesudahan.

Selepas selesai membasuh badan, Xochilt menghidangkan sarapan untuk Yvette. Sebagai anak orang kaya yang sudah terbiasa dengan kesenangan, Dia tidak hairan jika Yvette hanya duduk menanti tanpa niat untuk membantu. Malah dia langsung tidak terasa kecil hati.

" So...Sambil makan ni, Kau bolehlah cerita." Ujar Xochilt sambil meletakkan mentega ke atas roti panggang.

" Ha?"

" Cerita yang buat kau tak senang duduklah. Apa? Kau ingat aku tak perasan ke..."

Yvette mengigit roti perlahan-lahan. Nak cerita terasa malu. Tapi kalau tak cerita dia tak selesa. Aduh...apa hal ni.

" Kau jangan kasi tahu orang lain tau? Janji!"

Akhirnya Yvette membuat keputusan untuk memberitahu. Lagipun, Bukankah Xochilt itu teman baiknya. Kalau tak cerita pada Xochilt, Pada siapa lagi dia mahu berkongsi. Mama? Asyik dengan parti dan kelabnya sahaja.

" Ya, ya." Janji Xochilt.

" Erm...Masa kau tak layan aku hari tu kan, Aku sakit hati sangat. So, Macam biasa aku lepaskan geram pada si pengacau laam tu lah. Lepas tu..."

Pipi Yvette sudah merona merah sedangkan Xochilt seperti tidak dapat bernafas menati bicara seterusnya.

" Lepas tu apa?"

" Well, Aku selerakkan fail dia. Habis berterabur atas lantai."

Kunyahan Xochilt yang laju bertukar perlahan." Kau buat macam tu? Yvette! Ayah kau tahu tak?"

Bagus benar Yvette ini. Biarpun Lord Acacio itu nampak seperti penyayang, Cuba sahaja Yvette melakukan kesalahan disiplin. Mahu meletup satu bandar ni dengan amarahnya.

Kali pertama Xochilt melihat lelaki berkumis nipis itu marah ialah ketika dia menumpang di rumah Yvette. Macam tidak aman sahaja Lord Acacio setiap kali bersama isterinya, Lady Laura. Kata Yvette, Biasa saja itu.

" Jangan marahkan aku ya? Lagipun, Dia ada buat sesuatu pada aku lepas tu." Luah Yvette tak puas hati.

Baginya tindakan Ace lebih teruk darinya. Dan yang penting Ace telah merahsiakan identitinya. Nampak sahaja macam orang biasa, Rupanya ada kuasa juga.

" Oh alamak! Dia kiss kau ya?" Serkap Xochilt. Hampir tercekik Yvette mendengarnya.

" Bukanlah. Well...hampir-hampir je. Dia, dia ada kuasa tau. Maksud aku, Aku tak sedar. Dia terlalu pantas. Kau faham tak?"

Terkebil-kebil Xochilt memandang Yvette. Cuba mencerakinkan ayat Yvette yang juga terlalu pantas sebenarnya.

" Ace ada kuasa? Biar benar. Kau tak beritahu pun! Dia ada kuasa apa?"

" Macamlah aku tahu. Selama ni aku ingat dia orang biasa. Ish, Malu aku tahu tak,"

" Apa yang dia buat pada kau?"

Yvette diam. Tidak berani untuk menceritakan perkara yang selanjutnya. Mukanya sudah mula bertukar kemerahan seperti buah strawberry apatah lagi Xochilt mula ketawa.

" Jap, Aku tahu. Sini ya?" Tanya Xochilt dengan jari telunjuknya di pipi.

" Gila,"

" Adakah dia," Xochilt meleretkan jari telunjuk ke bibirnya pula.

" Bukanlah. Ish, Kotorlah kau. Malas aku nak cerita. The end!"

" Hei, Tak Adil. Kalau kau cerita nanti malam aku bawa kau pergi Funfair." Pujuk Xochilt, Masih tidak mahu mengalah.

Dia mengejar Yvette sehingga ke tingkat atas. Apabila Yvette melompat ke atas katil, Dia juga turut serta sambil membaling bantal ke arah Yvette. Sudahnya  mereka mengadakan 'pillow fight'. Bukan setakat bantal, Malah habis segala selimut dan juga comforter melayang-layang di udara sebelum menghentam Yvette dan Xochilt. Begitu seronok sekali mereka bergurau senda tanpa sedar pada mata yang tajam memerhati.

" Stop. Aku dah tak larat,"

Akhirnya Yvette mengaku kalah. Dia tidak larat lagi mahu beradu tenaga. Sudahnya dia hanya terlentang di    atas katil Xochilt. Berkeriut bunyinya menandakan katil yang diperbuat daripada kayu itu sudah usang benar.

" Xochilt, Aku nak beritahu kau sesuatu ni. Tapi janji kau jangan marah ya?"

" Bagi tahu apa?" Xochilt memulangkan soalan. Dia kini duduk melutut menghadap Yvette.

" Sebelum aku datang melawat kau di sick bay tu, Kan aku ada cakap yang Kakak Aimara jumpa aku. "

" Ya, Aku ingat. Kenapa?"

Satu keluhan kecil dilepaskan oleh Yvette. Dia bangun dan duduk berhadapan dengan Xochilt. Perlahan tangannya membelai rambut Xochilt yang panjang melepas bahu. Sungguh, Dia sangat menyayangi rakannya yang kadang-kadang lurus bendul ini.

Dan yang penting, Dia mahu melindungi Xochilt sedaya termampu.

" Kak Aimara suruh aku tanya. Betul ke kau tak ingat apa-apa langsung pasal peristiwa letupan hari tu? Not any single thing?"

Lama Xochilt terdiam sambil melarikan wajah dari pandangan Yvette. Dia bukannya tidak ingat, Tapi sebenarnya takut.

Kerana pada ketika itu, Dia masih ingat kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Virginia. Tepat di telinganya beberapa saat sebelum dia mula tidak sedarkan diri. Kata Virginia...

' Di sini penentu hidup dan mati'.

" Hei, Kau dengar tak?" Panggil Yvette sekaligus mematikan lamunan Xochilt.

" Sorry. Aku betul-betul tak ingat."

Xochilt bangun menuju ke pintu beranda. Membiarkan angin bayu bertiup perlahan membelai dirinya. Bukan dia tidak mahu berkongsi dengan Yvette. Tapi malas mahu membabitkan gadis itu dalam masalahnya sendiri.
Kadang-kadang dia rasa bersyukur mempunyai kawan yang mengambil berat seperti Yvette dan kadangkala terasa seperti membosankan.

" Hei Yvette. Mari kita pulang esok," Ajak Xochilt. " Lagipun, Cuti aku dah habiskan."

" Erm...aku ikut saja."

Friday, August 19, 2011

Tension!!!

Setelah beberapa bulan berlalu, Saya masih belum dapat membuat entry yang baru. Sangkanya cuti semester ni nak habiskan semua penulisan yang ada.

ArgH...tapi alih-alih otak blank pula. Lagi seronok bermain games.

Huhuhhu...

Tuesday, July 12, 2011

Ela feat Eli 2

            Ketukan bertalu-talu di muka pintu mengejutkan Puan Aina yang sedang melipat pakaian. Dikerling sekilas ke arah Eli yang duduk melutut di sudut bilik. Jari telunjuknya membuat lukisan abstrak pada dinding, berputar-putar mengikut rasa hati yang tidak keruan.

" Balqis, duduk diam-diam kat sini dulu ya. Mama nak tengok siapa yang datang." Kepala Eliana diusap penuh kasih sayang setelah dia bangun menghampiri.

Mendengarkan itu Eliana memegang erat tangan Puan Aina, tidak membenarkan wanita itu pergi jauh. Matanya berair melihat ke arah pintu sambil menggelengkan kepala. Takut kerana wanita itu sering mengingatkan dirinya agar tidak keluar dari bilik kerana bimbang orang jahat akan datang dan mengambilnya pergi.

Memahami rasa takut anaknya itu, Puan Aina memeluk erat tubuh kecil Eliana.

" Shh...tak apa jangan takut. Sayang duduk diam-diam dalam ni. Mereka bukannya tahu sayang ada kat sini, ok? " Dia mengucup dahi Eliana sebelum berlalu ke muka pintu. Eliana hanya memerhatikan langkah Puan Aina tanpa sebarang kata. Sejurus pintu ditutup dan dikunci dari luar, dia kembali melakar sesuatu pada dinding bilik.

               " Assalammualaikum, Ina." Panggil suara di luar. Sudah tiga kali dia melaungkan salam. Kalau tak ada orang, takkan kereta ni boleh ada di luar. Selalunya masuk maghrib baru hilang, ini baru nak masuk tengah hari. Tapi menurut undang-undang, kalau dah cukup tiga kali tu kena berambus.

" Saya datang ni," Sahutan dari dalam melegakan hati sang pemanggil. Takut juga kalau-kalau orang di dalam sudah mati. Puan Aina menegur dari tingkap, tiada hasrat untuk membuka pintu meskipun mengenali tetamu yang datang.

" Oh, Mak Cik Odah ke. Nak apa? " Tanya Puan Aina dengan nada yang dingin.

Wanita separuh abad itu hanya tersengih sambil mengangkat tangan, menunjukkan beg plastik berisi barang makanan. Langsung tidak terkesan di hati dengan sikap jirannya yang seorang ini. Puan Aina segera mengerti maksud kedatangan Mak Cik Saodah, pemilik rumah sewa yang di tumpangnya sekarang .

" Ini, Mak Cik pergi pekan khamis tadi, saja belikan sikit barang untuk kamu nak makan. Bukalah pintu ni," Pinta Mak Cik Saodah.

Mata Puan Aina meninjau-ninjau ke sekeliling, khuatir jika Mak Cik Saodah menipu. Disuruh membuka pintu untuk orang lain merampas anaknya yang sudah kembali. Dia tidak mahu kehilangan anaknya sekali lagi malah kali ini dia akan membunuh sesiapa sahaja yang cuba memisahkan mereka berdua
. Mak Cik Saodah berdiri di depan pintu sementara menunggu Puan Aina membuka kunci. Agak banyak juga kunci yang dipasang oleh Puan Aina. Berdentang-dentung bunyinya mengalahkan pencuri yang ingin membuka pintu kebal.

" Masuklah. Mak Cik duduk dulu, nanti saya buatkan air. Jangan pergi mana-mana tau, duduk situ saja." Arah Puan Aina. Bimbang jika Mak Cik Saodah meninjau ke dalam bilik. Sudahlah rumah ini memang haknya.

" Tak payahlah buat air. Mak Cik singgah kejap saja. Nak tengok macam mana keadaan kamu hari ni." Halang Mak Cik Saodah.  Bening mata Puan Aina menimbulkan kepiluan di hati Mak Cik Saodah. Teringat pada anak gadisnya yang telah lari dari rumah kerana enggan dikahwinkan dengan lelaki pilihan keluarga.

Selama bertahun-tahun dia enggan memberi kemaafan kepada anaknya itu. Marahnya tambah menyinga ketika anak gadisnya itu menelefon entah dari mana untuk memberitahu yang dia sudah pun berkahwin dengan lelaki pilihannya sendiri. Dan sejak itu mereka berdua berpatah arang, berkerat rotan. Malah dia menyumpah bahawa rumah tangga anaknya itu tidak akan kekal lama.

Kini, Mak Cik Saodah begitu menyesali tindakannya. Dan melihat keruntuhan rumah tangga Puan Aina, dia menjadi takut apabila terkenangkan anaknya.  Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk melindungi Puan Aina dengan harapan agar Allah menjaga hidup anak kandungnya itu walau di mana berada.

" Ina, Mak Cik nak cakap sesuatu ni, kamu jangan terasa hati pula ya? "

" Boleh,"

Mak Cik Saodah hanya memerhatikan gelagat Puan Aina yang sedang meneliti bungkusan makanan yang diterima. Terasa takut pula untuk menyuarakan hasrat hati, bimbang jika senyuman yang terukir di bibir Puan Aina akan hilang selepas mendengar rancangannya.
Puan Aina mengangkat wajah, pelik dengan Mak Cik Saodah yang tiba-tiba membisu.

" Mak Cik nak duit sewa ke? " Teka Puan Aina meskipun sudah diberitahu oleh Mak Cik Saodah bahawa dia boleh tinggal secara percuma di situ. Tidak perlu membayar sewa selepas suaminya pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang berita.

Kata suaminya dulu  mahu memulakan perniagaan tapi sehingga sekarang tidak muncul-muncul. Memberi khabar berita jauh sekali, memberi nafkah apatah lagi. Harta pusakanya sudah habis digadaikan untuk lelaki itu demi memulakan hidup baru. Selepas itu, bertahun-tahun dia menunggu, tapi tiada langsung perkhabaran yang diterima melainkan kata-kata orang yang kononnya pernah melihat lelaki itu sudah kaya, malah mempunyai keluarga yang baru. Begitupun, Puan Aina tidak percaya kerana dia yakin suaminya itu seorang yang setia.

Mujur ada Mak Cik Saodah yang prihatin pada nasib dirinya meskipun mendapat tentangan dari anak-anaknya yang lain. Puan Aina tidak mengerti  sebab musabab kebaikan Mak Cik Saodah malah dia tidak peduli.

" Eh, taklah. Bukan macam tu. Macam ni, Mak Cik sebenarnya nak bawa kamu pergi hospital buat pemeriksaan." Kata Mak Cik Saodah lambat-lambat. Biar terang dan jelas kerana bercakap dengan orang yang hampir tak betul seperti Puan Aina ini kalau tak kena gaya boleh bawa maut.

Puan Aina ketawa berdekah-dekah mendengar ayat yang baru keluar dari mulut Mak Cik Saodah.

" Tak payah lah Mak Cik. Nak buat apa bawa saya pergi hospital. Mak Cik ingat saya dah gila ya?  "
 
" Bukan macam tu, Mak Cik cuma risau tengok kamu macam ni. Kamu jangan risau pasal bil, Mak Cik Boleh tolong kamu bayarkan. Kalau betul kamu tak gila, tak adalah orang nak bercakap pasal kamu dah. Hati Mak Cik pun tenang." Mak Cik Saodah masih belum berputus asa untuk memujuk Puan Aina.

Wanita itu termenung seketika. Dia seolah-olah sedang menilai tentang kebenaran kata-kata Mak Cik Saodah.

" Erm, kalau dah macam tu kata Mak Cik, saya ikut sajalah." Puan Aina akhirnya bersetuju. Mak Cik Saodah mengeluh lega dengan jawapan Puan Aina.

" Kalau macam tu, esok kita pergi awal pagi ya? " Cadang Mak Cik Saodah.



                      Mak Cik Saodah termenung di dalam bilik anak perempuannya yang sudah lama tidak berpenghuni. Sekitar bilik itu kelihatan bersih kerana dicuci setiap hari. Walaupun tiada khabar berita dari anak perempuannya itu, tidak bererti kasih sayangnya hilang ditelan zaman. Gambar yang terletak elok di atas meja solek dipeluk erat, terasa kerinduannya sedikit terubat.

" Mak, Nangis lagi ke? " Teguran Fuad, anak sulungnya membuatkan Mak Cik Saodah terperanjat. Cepat-cepat dia mengesat air mata yang berlinangan di pipi. Fuad faham dengan tingkah laku Mak Cik Saodah. Pasti teringatkan adiknya lagi.

" Mak, Sudahlah tu. Bukannya Fira nak balik pun,"

Fuad rimas dengan sikap ibunya. Bukan tak terasa sedih hatinya dengan kehilangan Fira, tapi tiada gunanya mahu menangisi insan yang telah melupakan keluarga sendiri. Tak sangka dalam kelembutan, tersimpan juga sikap degil dalam diri adiknya itu. Berkeras tidak mahu mengahwini lelaki pilihan keluarga, lantas mengambil keputusan untuk melarikan diri.

" Mak bukannya apa Ad oi, Mak ni dah tua. Esok mati camtu ja tak sempat nak tengok adik kau tu. Dia pun satu, Merajuk sampai tak mau balik dah"

Mak Cik Saodah menahan rasa hiba di hati. Tiada lagi air mata yang hendak dicurahkan setelah sepuluh tahun berlalu.

" Dahlah mak. Kita doa je kat tuhan. Mintak-mintak Fira mau balik sini." Pujuk Fuad. Dia bangun, tidak mahu berlama-lama di situ.

Hanya itu yang mampu dia lakukan selama ini. Dulu pernah juga dia ke Kuala Lumpur untuk mencari Fira. Tebal mukanya dihina oleh mertua adiknya itu tatkala dia memohon untuk menemui Fira, sekadar ingin memaklumkan bahawa ayahnya sedang tenat. Tapi, Datuk Mazni enggan memberitahu di mana Fira berada walaupun dia sudah merendahkan martabatnya, merayu agar dia diberi peluang. Akhirnya Fuad dihalau keluar seperti anjing kurap dari Villa indah milik keluarga Datuk Mazni dan suaminya, Datuk Luqman.

Entah macam manalah anak kedua dari manusia yang bergelar datuk itu boleh menaruh hati pada adiknya. Agaknya itu yang dikatakan jodoh. Habis, kenapa pula masih ada yang membezakan status dalam menentukan pasangan hidup.

" Papa, Kenapa nenek menangis? "

Terdengar perlahan suara manja cucu sulungnya dari luar bilik. Mak Cik Saodah tersenyum pilu.

" Shh, Dah jangan kacau kat sini. Nia pergi main sana," Arah Fuad. Terdengar derapan kakinya yang semakin jauh.

" Nenek sakit ke?"

Mak Cik Saodah berpaling. Kelihatan cucunya berdiri di muka pintu, Takut-takut untuk mendekati. Dalam begitu pun dia masih juga mahu menegur. Mak Cik Saodah mengesat air mata. Tangannya melambai agar cucunya itu mendekati.

" Tak ada apa. Mata nenek masuk mata, Tu yang nenek rasa sakit tu,"

" Oh...Biar Nia tiup mata nenek ya?"

Rania memanjat katil sebelum meniup mata neneknya. Terhibur sedikit hati Mak Cik Saodah dengan gelagat cucunya itu. Keprihatinan yang  lama hilang sejak pemergian Fira terisi kembali dengan kehadiran Rania.

" Dah, Nenek sakit lagi tak?"

" Tak sayang, Terima kasih,"

Ucap Mak Cik Saodah sambil memangku cucunya. Rambut Rania separas bahu dibelai penuh kasih.

" Nia dah makan?"

" Dah. Nenek, Nanti kalau nenek pergi rumah depan tu, Nia nak ikut ya?"

" Rumah depan?"

" Ha'ah. Nia nak kawan dengan budak comel tu. "

Terkejut Mak Cik Saodah mendengar kata-kata Nia. Mata Rania yang bulat itu dipandang dalam-dalam. Budak manakah yang dimaksudkan oleh Rania. Kerana hanya dia seorang sahaja yang memegang gelaran sebagai budak di kawasan ini.

" Budak mana?"

Tanya Mak Cik Saodah. Bimbang kalau-kalau cucunya ini mempunyai rakan imaginasi pula. Entah-entah tersampuk hantu.

" Yang dalam rumah tu la. Nia nampak masa main kat rumah depan tu. Nia intai ikut tingkap."

" Nia pergi main kat rumah depan? Bila?"

" Petang semalam,"

Mak Cik Saodah menimbang-nimbang akal fikirannya. " Nia nampak benda lain kut?"

" Taklah. Betul, Nia nampak ada budak kat dalam bilik tu."

Jelas Nia bersungguh-sungguh. Terhinjut-hinjut badannya menganggukkan kepala di atas riba Mak cik Saodah.

" Erm, Tak apalah. Nanti kalau nenek pergi sana, Nenek bawa Nia ya? Dah, Jom pergi makan."

Rania bangun sebelum berlari menuju ke dapur. Mak Cik Saodah yang mengikut di belakang menghampiri Fuad di meja makan. Menantu sulungnya, Alia, Sibuk membancuh air di sinki.

" Fuad, Tolong mak jap,"

" Apa dia mak?"

" Jom kita pergi rumah Aina jap. Mak nak cakap sesuatu dengan dia." Bisik Mak Cik Saodah perlahan. Bimbang jika Rania mendengar.

" Mak ni. Kan malam-malam dia tak ada. Pergi kubur lagilah tu. Mari makan dulu mak."

" Kejap je. Kau ni karang aku pergi sendiri baru tahu."

Ugutan Mak Cik Saodah membuatkan Fuad mengeluh. Ternyata sikap degil Fira diambilnya dari Mak Cik Saodah.

" Yalah, Jom. " Fuad akhirnya beralah.


               
                 Eli membuka mata perlahan-lahan. Angin sejuk yang mencengkam terasa menikam tubuhnya. Terpisat-pisat dia bangun, Melihat keadaan sekeliling yang begitu asing.

" Mama?"

" Sayang, Dah bangun?"

" Kita kat mana ni?" Tanya Eli penuh kehairanan.

" Dalam kereta api. Kita nak pergi jauh dari sini. Sayang suka kan?"

Eli terpaku tanpa kata. Mencari makna kata-kata yang baru didengarinya. Perlahan kepalanya mengangguk. Tubuh wanita yang menjaganya sejak seminggu lepas dipeluk erat. Bergenang air matanya dengan rasa kelegaan. Lepas ini Leman tidak akan dapat mencarinya lagi.

" Dah, Sayang jangan risau. Lepas ni, Tak ada siapa boleh ganggu kita lagi."

" Mama..."


* * * * *


Langkah Encik Ariff membeku ketika tiba di pintu bilik wad. Dia kebingungan sebenarnya. Tidak pernah terlintas di benaknya Ela akan menjadi mangsa deraan seperti yang sering didengarinya di kaca tv.

Pandai sungguh Sherry bermuka-muka. Malah Elana sendiri tidak pernah memberitahu apa-apa kepadanya. Kenapa? Adakah kerana Elana menyangka bahawa dia tidak boleh menerima aduannya nanti, Atau kerana Elana tidak mahu dia bercerai?

Dan yang lebih penting, Kenapa baru kini Ela bertindak berani?

" Sir, Are you sure you can do this?"

" I...I dont know."

" If you wish sir, I can tell her about this. I'm sure she will understand. You see, She's a though girl."

Uncle Brian memberi semangat kepada Encik Ariff, Sedangkan dia juga kini dalam keadaan tertekan. tidak sanggup rasanya mahu menyampaikan berita ini kepada gadis kecil itu. Entah bagaimana pula reaksinya nanti.

" No. I will do it myself."

Tombol pintu dibuka. Elana yang terbaring lesu di atas katil kelihatan girang menerima kunjungan bapanya. Encik Ariff mengucup dahi Elana yang berbalut kain putih. Jambangan bunga ros putih diletakkan di sisi Elana. Anaknya itu memang sinonim benar dengan bunga ros putih.

" Anak papa. Dah makan ubat?"

" Dah. Doktor cakap kalau nak balik cepat kena makan ubat. "

" Sayang, Nak balik rumah?"

Elana terdiam. Dia mengerling sekilas ke arah Uncle Brian tetapi  lelaki itu pula hanya tunduk membisu. Perlahan Encik Ariff menggapai jemari halus Elana.

" Pa, I can go home, Right?" Soal Ela lagi. Resah melihat reaksi Uncle Brian dan Papa.

" Ela, Papa dah cakap dengan nenek di Malaysia. Dia kata Ela boleh tinggal dengan dia kat sana. Ela suka tak?"

Tiada suara yang kedengaran dari mulut Ela. Dia benar-benar tidak percaya.

" No..."

" Ela, Please. Papa cuma nak Ela selamat. Itu saja."

" I said I don't want to go. Why should I go?!" Pekik Ela.

" Sebab Papa tak boleh nak tinggalkan mama Sherry. She's pregnant."

Tangisan Ela terhambur juga. Menggigil tubuhnya merenung Encik Ariff. Sampainya hati Papa. Tergamak benar Papa memilih mama Sherry berbanding dengan dirinya. Kenapa Papa tak menghantar sahaja wanita itu tinggal bersama nenek.

Kenapa harus dia yang berkorban.

" Get out now. I don't want to see you."

" Ela," Uncle Brian menegur.

" Just go. Please. Leave me alone."

Dalam keterpaksaan, Encik Ariff akur dengan permintaan Ela. Dia tahu tiada apa yang dapat dilakukannya untuk memulihkan hati anaknya kembali. Sungguh jika diberi pilihan, Dia pasti akan memilih Ela. Tapi mengenangkan zuriatnya yang sedang membesar di dalam rahim Sherry, Dia terpaksa mengorbankan Ela.

" Ok. Sayang berehatlah dulu." Encik Ariff pantas berlalu tanpa menyentuh anaknya. Dia tahu Ela pasti tidak akan suka.

Uncle Brian memanjat katil. Duduk bersandar di sebelah Ela yang terpaku merenung pintu bilik.

" Ela, It's ok. We can still contact each other." Pujuk Uncle Brian.

" But I want to stay here. I don't want to go."

" Well, it's just so unfair. Wasn't it."

" Uncle...!"

Tuesday, April 26, 2011

Wicked Love 4

Sepanjang sesi kelas Self  Defence oleh Prof. Ederia, Aku hanya mengelamun panjang mengingatkan hal semalam. Mujur juga dia tak memanggil namaku untuk bertanyakan soalan mengenai pengajarannya hari ini. Macam tahu-tahu saja aku tak mendengar langsung apa yang dikatakannya tadi.

Prof.Ederia ialah pengajar di Whisper Hollow Academy, Tapi entah mengapa dia selalu muncul di Ice Land Academy setiap kali tiada kelas untuk mengajar. Tiada siapa yang tahu tujuannya berbuat begitu, Cuma yang pasti dia nampaknya lebih selesa tinggal di sini berbanding di Dry Land. Buktinya dia lebih mesra dan mudah tersenyum berbanding ketika mengajar di akademi kami.

            " Snow, Kau nak pergi mana-mana tak?" Angel memegang tanganku yang sibuk memasukkan alat-alat tulis ke dalam beg. Aku mengalih pandang ke arahnya.

            " Kenapa?"

            " Jom kita pergi Library. Aku nak cari maklumat pasal esei yang Prof. Ederia bagi." Angel menunjukkan buku notanya yang sudah siap bertulis perkara-perkara yang perlu dicari. Aku terpinga-pinga memandang Angel. Langsung tak faham tentang esei yang dikatakannya.

            " Esei apa?" Soalku semula.

Angel mengerutkan muka. " Kau dengar tak Prof.Ederia cakap pasal apa tadi?"

            " Erm...Tak, Hehe," Aku tersengih seperti kerang busuk. Mulut angel ternganga memandang aku. Tak percayalah tu. Biarlah, Masih ada perkara yang lebih penting untuk aku lakukan.

            " Snow, Kenapa kau pelik semacam je ni?" Pujuk Angel. Aku tahu dia pelik melihat perangai aku yang berbeza dari sebelumnya. Tapi aku tetap tak akan membiarkan dia tahu mengenai rahsiaku ini biarpun cuma dia teman rapatku.

            " Tak ada apalah. Kau cari dulu, nanti aku catit nota kau ya. Thanks,"

Belum sempat Angel memprotes, Aku berlari keluar dari kelas. Bimbang juga dia akan mengekoriku nanti. Bukannya boleh percaya si Angel ini. Apatah lagi kuasa kelajuan yang dimilikinya mampu mengatasi tenaga pengajar di WHI. Angel ini bukan sahaja memiliki kuasa sihir, Tetapi juga dilahirkan sebagai seorang paranormal, Antara kelebihan yang dimiliki oleh pelajar-pelajar di WHI.
 

Laju langkahku menuju ke arah pejabat pentadbiran. Semakin aku menghampiri, degup jantungku semakin bergerak pantas. Bimbang jika bertembung dengan ahli keluarga Lord Ralph kerana aku tidak sepatutnya menonjolkan diri di hadapan mereka. Ketika sampai di bilik kebal yang menempatkan Pintu Dimensi, aku meliirik ke arah belakang. Cuba memastikan bahawa aku tidak diekori, terutamanya oleh Angel.

Setelah pasti, barulah aku mengetuk pintu dengan gelung emas yang terletak di bahagian tengah pintu gerbang. Dua saat kemudian, pintu gerbang terbuka dengan bunyi yang agak membingitkan. Aku tidak terkejut melihat keadaan di dalam bilik yang luas itu . Aku menghampiri wanita tua berkaca mata tebal di meja pertanyaan. Meskipun tua, Tapi wanita ini pasti mempunyai kuasa yang tiada tandingan kerana bukan calang-calang orang yang dipilih untuk menjaga Pintu Dimensi. Dia masih setia menatap buku yang ditulis meskipun aku sudah terpacak di hadapannya.

            " Selamat tengah hari puan. Nama saya Snow dan saya nak minta kebenaran untuk menggunakan Pintu Dimensi," Soalku penuh dengan kesopanan.

Gerakan tangannya yang laju menulis terus terhenti ketika aku menegur. Dia membetulkan cermin mata tebalnya sebelum melirik tajam ke arahku
." Kamu pelajar pertukaran?"Soalnya dingin sekali. Langsung tidak membalas senyuman manisku.

             " Ya." Suaraku semakin perlahan. Gerun juga menatap matanya yang tirus seperti mata ular itu. Biji matanya yang kehijauan kelihatan bersinar di sebalik cermin mata

            "Hm...ke mana kamu mahu pergi?"Soalnya lagi. Dia mengeluarkan sehelai kertas dari laci meja.

            "Saya nak melawat seseorang. Sky Train tak dapat digunakan sekarang sebab salji tebal. Sayajuga  tahu yang pintu dimensi tak boleh digunakan sesuka hati. Tapi, saya perlu berjumpa dengan orang itu secepat mungkin. Tolonglah puan, saya benar-benar harap diberi keizinan untuk menggunakan pintu dimensi"

Wanita tua itu hanya diam membisu mendengar rayuanku. Hatiku bertambah resah, bimbang jika tidak mendapat kebenaran untuk menggunakan Pintu Dimensi. Di saat ini, hanya ada seorang yang dapat membantu aku. Seseorang yang telah lama aku tinggalkan.

Aku menarik nafas lega ketika wanita tua tadi mengisyaratkan agar aku mengikutnya ke salah satu Pintu Dimensi yang terletak di lorong yang agak panjang dan suram.

             "Terima kasih puan. Saya harap saya dapat balas budi puan nanti,"Ujarku kepadanya.

Wanita tua itu hanya berlalu pergi tanpa mengendahkan kata-kataku. Obor yang digunakan untuk menerangi jalan ditinggalkan di dinding berhampiran jalan keluar. Aku menatap Pintu Dimensi yang tersergam indah di hadapan mata. Sekarang, aku perlu kembali ke tempat yang pernah melakar sejarah bahagia antara aku dengan Ice, juga tempat yang sama di mana kasih kami berakhir.

Pintu Dimensi bertukar warna beberapa kali sebelum memaparkan perkampungan Quinn, mengikut nama tempat yang telah kuseru. Dengan langkah yang teragak-agak, aku membawa diri menyusuri pintu dimensi.


Perkampungan Quinn menyambut kedatanganku seperti dulu. Tenang dan mendamaikan tanpa sebarang kesesakan seperti di kota-kota besar. Aku menaiki kereta kuda untuk ke rumah Atuk Mui, satu-satunya insan yang menyimpan rahsia antara aku dan Ice. Sejak kejadian lima tahun dahulu, belum pernah sekali pun aku menjejakkan kaki kembali ke tempat ini. Apatah lagi untuk mengirimkan khabar berita kepada Atuk Mui.

Kerana sebaik Ice pergi, aku juga turut menghilangkan diri dari pandangan setiap orang terutamanya Atuk Mui.Siapa sangka akhirnya aku terpaksa kembali semula ke sini. Melihatkan pemandangan yang indah di sepanjang jalan bagaikan merobek seluruh tubuh. Nyata aku tidak mampu melupakan segala kenangan bersama Ice.

Rumah Atuk Mui kelihatan sepi menyambut kepulanganku. Tiada lagi suara ceria yang pernah menghiasi ketika aku tinggal di sini. Namun begitu, kawasan sekitarnya masih sama seperti dulu. Rumah Atuk Mui yang terletak berhadapan dengan pantai ini menjadi saksi kebahagiaan aku dan Ice suatu ketika dahulu.






          "Snow, itu kamukah?" Tegur satu suara yang sudah lama tidak kudengar.

Perlahan aku berpaling. " Atuk..."


Atuk Mui meletakkan segelas air susu suam di hadapanku. Aku menahan rasa sendu melihat keadaan Atuk Mui yang uzur. Pun begitu, matanya tetap mempamerkan ketenangan yang sama. Dia langsung tidak menyoal tentang kehilangan aku secara tiba-tiba lima tahun lepas. Malah, begitu ghairah pula bercerita mengenai bunga Viora yang berjaya ditanamnya sejak tiga bulan lepas.


          "Atuk sihat?" Pertanyaanku mematikan cerita Atuk Mui. Dia hanya mengangguk.

         "Kamu?" Soalnya kembali.

         "Ok. Saya dah masuk akademi. Tahun akhir. Mama pun dah sihat juga."Jelasku satu persatu. Atuk Mui berdehem perlahan.
         "Tapi dia semakin kuat kerja sekarang ni. Kadang-kadang langsung tak lekat di rumah. Jadi saya duduk di asrama."

Aku menghela nafas, membuang rasa beban yang terpendam di hati. Atuk Mui hanya diam mendengar rungutanku. Mama, entah kenapa sejak dulu dia tidak pernah mahu mengambil berat tentang diriku. Walaupun aku selalu menunjukkan perhatian kepadanya, tidak pernah walau sekali pun mama menunjukkan kasih sayangnya kepadaku.

         "Baru-baru ni ada pertukaran pelajar. Saya dipaksa ke Ice Land. Atuk mesti dapat teka saya jumpa siapa di sana."

Riak Atuk Mui langsung tidak mempamerkan sebarang kejutan. Dia menggenggam kedua tangannya di atas meja. Aku mengukir senyuman paksa.


         "Bodoh saya ni kan? saya takut sangat kalau bertembung dengan Ice. Tapi, dia bukannya ingatkan saya lagi. Saya dah suruh Mor-Rinda tarik segala memori dia tentang saya. Jadi, mana mungkin Ice akan ingat pada saya lagi," Ujarku penuh rasa hiba.

Kalaulah bukan kerana tragedi yang menimpa Ice dan mama, pasti aku tidak akan bertemu dengan Mor-Rinda untuk membuat perjanjian yang memakan diri sebegitu. Demi menyelamatkan Ice dan mama, aku terpaksa meminta Mor-Rinda untuk menghapuskan segala memori Ice tentang diriku. Supaya dia akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarganya tanpa paksaan, dan aku, kembali kepada mama yang sedang berperang dengan maut ketika itu.

        "Atuk, betulkan Mor-Rinda dah hilangkan ingatan Ice tentang saya?" Aku meminta kepastian daripada Atuk Mui.

       "Mor-Rinda memang licik dan mementingkan diri, tapi dia tak akan pernah berbohong," Tambah Atuk Mui. Aku tertunduk mendengar kenyataan dari mulut Atuk Mui. Ternyata, Ice memang tidak mengenali aku lagi.

       "Tapi, kenapa saya rasa macam ada sesuatu yang salah. Saya tak bebas di Ice Land. Rasa seperti Ice memerhatikan saya dari jauh." Ujarku lemah. Atuk Mui menarik nafas panjang sebelum menghela nafas berat.

       "Snow,kalau kamu dah kata begitu, rasanya lebih baik kamu bertanyakan kepada Mor-Rinda sendiri. Sebab..."

Aku terpaku mendengar penjelasan Atuk Mui.



Terasa senang sahaja aku meredah batuan tajam dan hutan tebal yang dulunya menyukarkan aku untuk ke tempat persembunyian Mor-Rinda. Mendengarkan cerita Atuk Mui membuatkan semangatku semakin berkobar untuk bersemuka dengan Mor-Rinda. Ternyata dia telah mengungkiri perjanjian antara kami. Hairan, bagaimana aku boleh mempercayai dia sejak dari mula.

Aku memerhatikan tasik di hadapan mataku yang terbentang luas. Hatiku terasa begitu sakit, benar-benar sakit sehingga bergenang air mata di tubir mata.

        "Mor-Rinda!!!"Jeritku sepenuh hati. Tiada lagi suara lembut untuk menyeru dirinya. Aku menunggu sesaat dua sebelum membaling beberapa ketul batu ke dalam tasik.

 Hilang sudah nasihat Atuk Mui supaya aku tidak mencari nahas dengan Mor-Rinda, Makhluk yang dianggap dewi oleh penduduk sekitar kerana keupayaannya untuk mengabulkan permintaan. Namun bukan semua permintaan akan ditunaikan, dan bukan senang pula syarat yang akan dikemukakan untuk pertolongannya.

Lebih penting, tiada siapa yang tahu dari mana asal -usulnya.

Seketika kemudian, air tasik bertukar kemerahan dan berbuih halus. Aku memegang wand di belakang badan, sebagai langkah berjaga-jaga meskipun aku tidak pasti mampu mengalahkan kekuasaan Mor-Rinda.
Perlahan, Mor-Rinda muncul di hadapanku dalam bentuknya yang tidak berubah ditelan masa. Matanya yang tertutup dibuka perlahan-lahan.





            "Ahh...Snow. Selamat kembali,"Mor-Rinda membelai rambut panjangnya yang beralun ditiup angin.
Aku menahan rasa geram di hati melihat tingkahnya yang bersahaja sedangkan dia dapat membaca isi hati setiap insan yang datang ke sini.

Mor-Rinda melirik aku dengan ekor mata."Nampaknya ada kuasa benci yang membuak dalam diri kau. Aku tertanya-tanya kenapa," Soalnya lembut. Tapi aku tidak akan mudah tergoda dengan pujukannya yang penuh muslihat.

            "Kau dah janji akan hapuskan memori Ice. Tapi kenapa, kenapa dia datang sini cari Aku? Kenapa!"   Jeritku.

Mor-Rinda memandangku tajam.    












    

Saturday, March 19, 2011

Diari Si Ahli sihir 7

Yvette sudah basah dengan air mata sedangkan Xochilt masih boleh tersengih menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi. Dia sendiri tidak tahu mengapa Yvette perlu panik begitu. Bukannya dia dah mati pun.

" Hei, sudahlah. Buruk tau muka kau menangis macam ni."

Perlahan suara Xochilt mengusik. Tekaknya masih terasa perit sejak terbangun dari tidur. Sebenarnya dia masih lagi terasa mengantuk ketika dikejutkan oleh Yvette tapi tak sampai hati pula nak menyambung tidur. Lagipun dah lama rasanya tak bermesra dengan Yvette seperti ini. Sungguh dia rindu dengan kemesraan mereka dulu.

Sangkanya mesti Yvette sudah tidak mahu pedulikan dia lagi. Betapa kejamnya dia membuat tanggapan yang sebegitu kepada rakan baiknya sendiri. Dia berjanji akan menebus kembali saat-saat yang terbuang begitu saja. Lagipun untuk apa dia perlu risau mengenai Vanessa dan Virginia. Dia bukannya mengenali mereka pun, kan?

" Mestilah aku risau! Kau dah berubah sejak kenal dengan budak dua ekor tu. Lepas mereka hilang kau tak nak kawan dengan aku dah.Hari ni, tahu-tahu saja kak Juana beritahu kau ada di sick bay,"
Yvette mengesat air hidung yang meleleh.

Melihatkan itu, Xochilt ketawa perlahan. Yvette menarik muncung melihat gelagat Xochilt.

" Maaflah. Aku janji aku tak buat macam tu dah."

" Betul?" Yvette masih curiga.

"Betul!"

Xochilt membuat tanda pangkah di dadanya. Yvette kembali tenang dari rasa panik yang menyerang. Dia benar-benar lega sekarang dengan kepulangan rakan baiknya itu. Tanpa sedar dia memanjat katil lantas memeluk erat tubuh Xochilt.

" Hei, Jom balik berehat rumah aku ya?" Ajak Yvette setelah suasana sepi untuk beberapa ketika. Dia tahu bahawa semua pelajar Aurora telah diberikan kebenaran keluar untuk sementara dari asrama. Harapnya tiada pelajar yang mahu keluar terus. Jika tidak tentu bertambah-tambah pula masalah yang menimpa.
Meskipun dia tidak berapa tahu tentang apa yang telah berlaku, tapi menurut khabar angin yang telah disaring, maklumat yang diterima masih juga samar-samar seperti menyelesaikan puzzle yang hilang di sana sini. Alih-alih kepalanya juga yang pening dengan rumusan yang entah apa-apa!

Xochilt tidak segera menjawab. Dia melepaskan lengan Yvette yang masih tergantung di lehernya.  Bukan tidak sudi dengan pelawaan Yvette. Masalahnya dia tak mampu menahan panahan mata Lord Acacio yang tajam itu. Bisanya menusuk hingga ke dada.

Ish, gila, gila.

" Erm, Terima kasih. Tapi....aku nak balik, rumah" Teragak-agak dia mahu menuturkan ayat itu. Tapi hatinya betul-betul terasa mahu pulang. Sepertinya dia tidak mungkin dapat kembali lagi selepas ini.  Dia mahu bertemu dengan ayah, ibu, dan adik perempuannya, Xandria.

" Wah, aku mahu ikut ya? nanti aku bagi tahu pada daddy aku."

Riang Yvette memberitahu. Dia tidak pernah singgah ke rumah Xochilt sepanjang mereka berkawan. Lagipun Xochilt ini suka sangat berahsia dan pendiam pula. Kalau bukan kerana mereka ditempatkan dalam kumpulan yang sama sewaktu orientasi tahun lepas, tentu dia tidak dapat mengenali gadis ini dengan rapat. Dia suka berkawan dengan Xochilt kerana gadis ini tidak seperti rakan-rakan seangkatannya yang lain.
penuh dengan hiprokit!

" Hah? Buat apa? Tak payahlah. Lagipun aku takut nanti kau rasa tak selesa pula. Rumah aku tak besar macam rumah kau." Xochilt cuba berdalih. Harapnya Yvette akan melupakan niat sucinya itu.

Yvette berpaling dengan matanya yang tirus." Kau ingat aku ini apa? Kau dah janji kan takkan buat aku menangis lagi?"

" Bukan macam tu....aku cuma..."

" Shhhh....nanti aku kasi tahu sama daddy aku. Kau tunggu sini ya? Aku pergi hubungi dia dulu. Kalau boleh hari ini kita balik rumah kau. Tak perlu beratur naik Sky Train. Ok?"

Xochilt tidak sempat menahan Yvette yang sudah berlari keluar dengan bernyanyi kecil. Sempat juga dia mengenyit mata kepada Xochilt yang terpaku di atas katil sebelum menghilang di sebalik pintu. Dan Xochilt hanya mampu menepuk dahinya sendiri.

Minta tolong Lord Acacio lagi? Aduh....Yvette!!!

* * * * * * *

Xochilt hanya menundukkan kepala sepanjang perjalanan menuju ke stesyen Sky Train.
kerana Yvette yang beria-ria mahu mengikut, dia mengenakan syarat agar mereka menaiki Sky Train dan bukannya dihantar oleh pemandu peribadi Yvette, tidak boleh memakai atau membawa barang berjenama dan mahal-mahal, serta tidak dibenarkan untuk membawa pemandu peribadi atau pengawal peribadi.

Sangkanya Yvette tentu akan keberatan. Tapi lain pula jadinya. Alih-alih Yvette sudah bersedia dengan sebuah besar berisi barang-barang sederhana. Bila ditanya dari mana dia boleh mendapatbya dengan cepat, selamba sahaja Yvette menjawab rahsia. Pasti dia mengerahkan pengawal peribadinya lagi.

Pada Xochilt pula, ada sebab tertentu yang memaksanya berbuat demikian. Dan dia mahu Yvette tahu mengenainya. Jadi nanti rakannya itu pasti memahami perbezaan yang begitu ketara antara mereka. Bukan sahaja dari segi status...tapi segalanya.

" Kamu betul boleh pergi sendiri ni?" Lord Acacio mengulangi ayat yang sama kepada anaknya. Hampir gugur jantungnya sewaktu Yvette menyatakan bahawa dia ingin mengikut Xochilt pulang ke rumah. Selama ini belum pernah anaknya itu bertindak sedemikian.

Terus sahaja dia mengarahkan agar pemandunya membawa berjumpa Yvette di akademi. Mujur juga hari ini tiada perjumpaan penting yang perlu dihadiri. Hal lain pula sudah dipertanggungjawabkan kepada Ace.  Anak gadis tunggalnya ini memang lain dari yang lain. Ada-ada sahaja ideanya untuk membuatkan semua orang mendapat penyakit lemah jantung.

" Daddy, asyik tanya soalan sama saja dari tadi. Yvette ok. Jangan risau ya? Tiga hari saja."

Senyuman manis dihadiahkan untuk ayahnya. Xochilt hanya buat tak tahu. Lebih selesa memandang ke arah luar, melarikan muka dari pandangan Lord Acacio. Ketika mereka tiba di stesyen, Yvette kelihatan begitu teruja sekali. Tangannya sentiasa mengenggem kemas lengan Xochilt.
Tambahan pula, ini ialah pengalaman pertamanya menaiki Sky Train. Sebelum ini jika mahu ke mana-mana, arahkan saja pada pemandu peribadi. Kalau tidak nanti mereka makan gaji buta!

" Terima kasih tuan. Kami pergi dulu," Ucap Xochilt sekadar berbahasa. Sekilas sahaja dia memandang ke arah Lord Acacio. Terasa bimbang mahu memandang lama-lama. Bimbang apa ya?

" Tak apa. Kamu berehat di rumah ya?. Err...cukupkah cuti tiga hari tu? Kalau kamu mahu, saya boleh bincang dengan Madam Eloisa supaya dia boleh panjangkan cuti,"

" Eh, Tak apa.Tuan dah banyak tolong saya selama ni. Dah banyak saya terhutang budi dengan tuan selama ini."

Lord Acacio tersenyum senang. Sejak Yvette mengenali gadis kecil di hadapannya ini, Yvette sudah mengalami perubahan. Siapa sangka gadis manja itu sanggup meninggalkan segala kesenangan semata-mata kerana seorang rakan?

Xochilt berpaling ketika mendengar suara kuat Yvette yang membebel mengarahkan pembantunya supaya memasukkan beg Xochilt ke dalam Sky Train. Terjerit-jerit dia mengarahkan agar mereka berhati-hati, jangan sehingga ada tercalar sedikit pun. Xochilt mengeluh dalam hati. Terasa gerun pula mahu membawa Yvette pulang ke rumahnya.

Gadis ini, betulkah dia mampu hidup berdikari?


Yvette menyanyi kecil sambil merias kuku. Tiada apa yang dapat dilihat di luar melainkan sekadar kabus tebal. Xochilt membuka beg sandang yang dibawanya. Perutnya tiba-tiba terasa lapar pula memandangkan sejak padi tadi dia hanya mengisi perut dengan sekeping roti. Sebungkus coklat dikeluarkan dari beg.

" Wah, Coklat emas. Bila kau beli?" Yvette menyambar bahagian coklat yang dihulurkan Xochilt. Tanpa membuang masa dia menjamah coklat kegemarannya itu dengan lahap. Xochilt terpinga-pinga dengan soalan Yvette.

"Bukan kau ke yang letak kat meja aku?" Tanya Xochilt kembali.

"Meja mana?"

" Meja di sick bay." Jelas Xochilt.

" Urm....em..em," Yvette menggelengkan kepala. Mulutnya semakin laju mengunyah coklat di dalam mulut " Tak de. Aku tak sempat beli pun."

Xochilt terkedu di tempat duduknya. Reaksi Yvette menandakan memang bukan dia yang memberikan coklat itu. Jadi, Siapa yang beri?

Yvette menjilat jarinya. Perangai yang diwarisi dari Xochilt. Tapi dia tak pernah melakukan begitu di hadapan jbunya. Hanya di hadapan Xochilt dia bebas berkelakuan begini.

"Ah..kau ada secret admirer ya?" Yvette ketawa kegatalan. Xochilt menarik muka, tidak suka dengan kata-kata Yvette.

" Tak mungkinlah. Mungkin ada orang silap letak coklat ini" Xochilt membuat tafsiran sendiri di sebalik wajahnya yang sudah kemerahan.

"Apa-apa sajalah. Kita dah terlajak makan kan? jadi, beri aku banyak lagi boleh" Yvette merampas coklat di tangan Xochilt.
" Lagipun, nanti kalau ada tuannya datang tuntut ganti rugi, aku boleh bayar balik. Kau nak tak?"

Xochilt menggeleng kepala tanda tidak mahu. Melihatkan itu, Yvette mengangkat bahu sebelum menjamah coklat emas sehingga habis.

* * * * * * *

Yvette masih tidak melepaskan lengan Xochilt sejak mereka turun dari Sky Train. Sepanjang perjalanan dia hanya berdiam diri memerhatikan keadaan sekeliling yang begitu asing baginya. Perkampungan Xochilt begitu tenang tanpa bangunan tinggi atau jalan besar yang sibuk dengan orang ramai.Bangunan yang paling tinggi pula hanyalah menara jam tinggi yang terletak di tengan pekan. Itu ialah benda pertama yang dilihatnya sewaktu turun dari Sky Train.

Selebihnya, dia hanya mampu membalas senyuman penduduk yang menyapa. Hanya Xochilt yang berbual dengan mereka dan memperkenalkan dia sebagai rakan. Selebihnya, dia tidak berani untuk bersuara, juga letih kerana masa perjalanan yang panjang.

" Xochilt, Lama lagikah nak sampai rumah kau?" Tanya Yvette sewaktu mereka berjalan merentasi laluan berbukit. Di kiri kanannya terdapat pohon rendang dan bukit yang menghijjau. Memang mendamaikan hati jika badannya tidak letih sekarang ini.

"Tak. Situ saja." Xochilt menuding jarinya ke satu arah. Yvette cuma mengangguk petanda faham. Sudah tak sabar rasanya mahu bertemu dengan keluarga Xochilt. Tapi bila dilihat ke arah rakannya itu, tiada langsung tanda-tanda gembira dapat pulang.

Walaupun dia teringin benar untuk bertanya, dia hanya mendiamkan diri. Rumah Xochilt memang tidak besar seperti rumahnya, tapi suasana sekeliling terasa damai sekali. Angin yang menyapa pula berbau harum dan dingin seperti baru sahaja habis musim sejuk.

Xochilt menarik nafas sebelum mengetuk loceng pintu. Yvette yang berdiri di sisi hanya memerhati.

Selang beberapa minit kemudian, pintu terbuka luas. Mata dan mulut Xochilt juga!

Di hadapannya berdiri seorang wanita berbaju hitam dengan tali merah jambu yang terjuntai di bahu. Di tengah-tengah bahagian bahagian baju pula terukir perkataan X. Bersinar matanya melihat Xochilt terpaku di situ.

" Xandria! siapa bagi kau kebenaran pakai baju aku?!"

* * * * * * *

Xochlt terbaring di atas katil sambil memicit kepala. Yvette pula mundar-mandir di hadapannya sambil bercekak  pinggang. Dia benar-benar tidak sangka begitu tragis sekali rupanya hidup Xochilt selama ini. Dan yang pastinya dia tidak suka pada sikap ayah dan ibu Xochilt.

" Aku tak kira. Esok kau kena ikut aku balik rumah juga." Arah Yvette.

" Yvette, tenanglah. Aku dah biasa dengan semua ni,"

" Tapi ayah dan ibu kau memang tak patut bezakan kau dengan adik kau tu. Apa lebihnya dia?" Soal Yvette.

" Dia bukan macam kita Yvette. Orang lebih pandang tinggi pada kuasa dia berbanding kita. Faham?" Kiasan Xochilt membuatkan Yvette terdiam. Sekarang baru dia mengerti tentang keadaan sebenar. Timbul pula rasa simpati dalam dirinya terhadap Xochilt.

" Apa kata kau beritahu mereka status sebenar aku. Mesti mereka tak layan kau macam ni dah," Cadang Yvette.

Dia tidak tahan melihat Xohcilt diperkecilkan oleh ibu dan ayah sendiri. Entah macam mana Xochilt masih boleh beralah dengan adiknya tadi. Kalau diikutkan hati Yvette, mahu sahaja dia menggunakan sihir biar mulut Xandria terkunci atau hilang.

Sudahlah memakai baju orang tanpa kebenaran, boleh pula dia buat tak tahu saja dengan pertanyaan Xochilt. Alih-alih ibu Xochilt masuk campur. Katanya biar saja Xandria yang memakainya kerana dia lebih layak memiliki baju itu. Xochilt cuma diam selepas itu. Dan ibu Xochilt langsung tidak menyapa Yvette, apatah lagi mahu menyambut Xochilt yang pulang ke rumah.

Ketika waktu makan pun, mereka berdua diasingkan. Xochilt membawa Yvette makan di dalam bilik. Katanya memang dari dulu dia sudah terbiasa begitu. Yvette insaf sebentar. Sekurangnya dia masih pumya ayah yang sudi memberi perhatian biarpun ibunya juga sama seperti ibu Xochilt. Hanya mementingkan persatuan yang pada anggapannya tidak membawa faedah.

Tapi rakannya ini seperti anak yatim yang punya ibu bapa. Perlahan dia mendekati Xochilt sebelum berbaring di sebelahnya.

"Aku suruh kau menyamar jadi orang biasa sebab nilah. Aku tak nak mereka ambil kesempatan pada kau pula,"

Yvette terdiam mendengar kata-kata Xochilt.

'Patutlah'. Desis hatinya.

" Macam mana kau boleh tahan, Xochilt?"

" Mereka tetap keluarga aku Yvette. " Jelas Xochilt.

Yvette menganggukkan kepala. "Aku bangga dengan kau Xochilt,"

" Sudahlah kau. Pergi tidur," Xochilt menolak kepala Yvette supaya menjauhinya. Yvette mengeraskan badan sambil ketawa lucu. Sengaja mahu mengusik Xochilt. Dia masih belum mahu tidur.

" Hei, Xochilt,"

"Erm..."

" Mana ibu, ayah dengan adik kau?"

" Mereka ada majlis makan malam. Selalunya mereka akan bawa adik aku saja. Senang nak banggakan pada orang." Tutur Xochilt  dengan mata terpejam. Dia benar-benar letih.

"Owh..." Balas Yvette. Dia sebenarnya mahu mengubah topik, tapi tersilap jalan pula.

" Hei Xochilt." Panggil Yvette lagi.

"Ya..." Sahut Xochilt.

"Erm...selamat malam"

Xochilt ketawa kecil. Gila betul Yvette ini.
" Yvette, nanti esok kau bagi tahu aku apa yang kau nak cerita, ok?" Akhiri  Xochilt. Dia faham benar ada benda penting yang ingin diceritakan oleh Yvette kepadanya.

Yvette terkebil-kebil memandang syiling bilik.




.

Tuesday, February 22, 2011

Maaflah.....

Ya...saya faham sekarang ni saya dah tak selalu tanbah n3.....T.T
maaf lar saya btl2 busy skrg ni dgn assignment.....huhuhuhu

Tape2...nnt2 bln mei saya akan kembali aktif..hurm, kot lar...huahuahua

Sabar menanti...isk2