Tuesday, December 21, 2010

sinopsis Wicked Love

            Antara sebuah memori dan sebuah perasaan, Manakah yang lebih berkuasa?

Snow, Gadis berusia 16 tahun yang kesunyian sering menganggap bahawa dia akan berseorangan sehingga ke akhir usia. Biarpun dikelilingi dengan rakan-rakan dan kemewahan, Hatinya tetap kosong tanpa rasa kasih yang sebenar. Sehinggalah takdir telah menemukannya dengan Ice, Seorang jejaka berusia 20 tahun yang  melarikan diri dari kongkongan keluarga kerana terlalu mementingkan tradisi.

Pertemuan yang tidak terduga membawa kepada satu pertalian berlandaskan kejujuran dan kasih sayang sebenar.  Pergunungan Yukizo yang menghijau menjadi saksi kepada janji yang dipateri. Hidup mereka dipenuhi kebahagiaan dalam kesederhanaan, Sehinggalah secara tiba-tiba Snow  memilih untuk melepaskan Ice pergi, Pulang ke pangkuan keluarganya yang telah lama menanti. Harapannya hanya satu, Agar Ice melupakan segala memori yang pernah mereka kongsikan bersama.

 Tetapi mengapa?

            Lima tahun kemudian, Pertemuan semula di Ice Land Academy menjadi titik permulaan kepada sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama. Kesilapan Snow yang membantah keputusan pertukaran pelajar  ke Ice Land Academy membuka rasa sangsi Angel, Teman karib yang dikenali di Whisper hollow Academy.

Mampukah Snow menahan asakan dari Angel yang tidak putus asa untuk mencari jawapan dan bagaimana pula reaksi Ice saat menemui semula kekasih lama?

No comments: